Dikutip dari http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/6692-untukmu-bidadari-syurga.html
Selamat membaca :)
Untukmu Bidadari Syurga
Hamba Allah,
No 124,
Taman seri kenangan,
22000 Jerteh,
No 124,
Taman seri kenangan,
22000 Jerteh,
Terengganu Darul Iman. 23 Julai 1993
Kehadapan awak-Bidadari Dari Syurga.
Saudari,
Saya
berharap dengan hasil penulisan saya ini diberkati dan dipelihara oleh
Allah S.W.T. Tujuan saya menulis surat ini kerana saya tidak tahu
bagaimana lagi untuk menyampaikan isi hati ini terhadap awak.
Sedia
maklum, awak bukan seperti wanita yang pernah saya temui. Awak ada hak
mutlak keperibadian yang tinggi yang susah untuk di ganggu gugat oleh
para lelaki di luar sana. Sebab itu saya seolah-olah tidak berani untuk
mendekati awak. Saya tahu juga, awak bukan perempuan yang senang untuk
diajak ber”couple“. Saya tahu juga, kasih sayang awak hanya untuk Allah S.W.T dan kedua ibu bapa awak.
Saya
lelaki kerdil, awak. Saya jauh beza jika dibandingkan dengan ilmu,
amalan awak dan tahap keimanan awak terhadapNya. Saya malu untuk
mengatakan apa yang terbuku kerna ia ibarat ada satu tembok penghalang
yang memisahkan kita. Saya hargai tembok itu yang juga memisahkan kita
untuk melakukan perkara-perkara yang tiada faedah, dan akhirnya kita
berdua terleka dengan godaan syaitan dan pujuk rayu nafsu. Saya tahu
semua itu. Dan saya tahu awak lebih tahu akan semua itu. Saya tahu juga
yang awak berusaha untuk melarikan diri dari semua itu –takut ada yang
murka dengan perbuatan awak termasuk diri saya sendiri. Iaitu Allah
S.W.T.
Saya
dari dulu sebelum mengenali awak lagi, saya sudah percaya akan bercinta
selepas nikah itu adalah yang paling bahagia. Saya tak mahu kasih
sayang saya ini, perhatian saya ini diberikan kepada orang yang tidak
layak disisi agama dengan cara ber”couple” tapi akhirnya tiada
apa-apa ikatan. Saya ada asas-asas agama tapi saya perlu masa lagi untuk
perbaiki mana-mana kelemahan saya.
Saya tahu apa yang awak pegang
selama ini. Awak pegang bahawa, ” Wanita solehah itu aurat dijaga,
pergaulan dipagari, sifat malu pengikat diri, seindah hiasan di dunia
ini. Keayuan wanita solehah itu tidak terletak pada kecantikan wajahnya.
Kemanisan wanita solehah itu tidak terletak pada kemanjaanya. Daya
penarik wanita solehah itu bukan pada kemanisan bicaranya yang
mengoncang iman para muslimin dan bukan pula terletak pada
kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu dan bukan dan tidak sama
sekali.
Tapi ada satu perkara yang pasti, saya belum cukup
bersedia untuk semua ini kerana saya takut saya tidak mampu memberikan
bimbingan dan layanan yang baik untuk seorang yang saya boleh katakan
hampir sempurna di mata saya. walaupun awak tak pernah senyum pada saya,
saya pasti awak baik orangnya. Awak garang orang nya. Awak sombong
bertempat. Awak garang bertempat.
Saya harap awak sudi tunggu
saya. InsyaAllah, saya akan pastikan semua perkara stabil dari segi
zahirnya dan batin. Saya nak awak hidup sempurna di samping saya. Saya
nak jadikan awak orang yang paling bahgia berada dengan saya.
Seperti
awak, saya juga tidak mahu untuk bercinta sebelum nikah. Kita bercinta
selepas nikah. Saat segalanya telah sedia, izinkan saya untuk meneruskan
langkah untuk bertemu wali awak. Namun, jika awak belum bersedia, saya
akan tunggu awak.
Surat ini ikhlas saya tulis untuk wanita yang pertama ada dalam hati saya.
Yang benar,
Hamba Allah
Setia menanti awak.
Hamba Allah
Setia menanti awak.
--------------------------------------------
Subhanallah, siapakah wanita itu? sebegitu terpujinya-kah hingga mendapat surat itu?
-Dikutip oleh orang yang biasa yang ingin mendapat surat seperti itu, namun masih jauh-jauh dari pantas.


0 komentar:
Posting Komentar